….Aspirasi CINTA Rabbi, Inspirasi REDHA Illahi… ~~kucari damai abadi, kurindu kasih Illahi, kuingin sucikan diri~~

hm, rasa nak senyum je hari ni…hehe.. :)
kenapa?

berakhir sudah exam season saya utk sem ni.. bukan utk sem ni je, tapi utk undergrad…

alhamduliLLAH.. alhamduliLLAH…

hari ni last paper saya untuk undergrad.. exam EOP… rasa sedih, gembira, excited bercampur baur bila nak jawab exam tadi.. tapi, bila running nose datang (KOM exm hall mmg sejukk!), semuanya hilang.. itulah ujian nikmat yg Allah bagi utk final paper saya.. risau juga tak dapat habiskan… mmg mengganggu tumpuan masa nak jawab exam. tp, alhamduLILLAH, Allah mudahkan, i managed to complete the paper on time..

hmm, bila habis exam td, mmg tak terkira rasa gembira, even result tak keluar lagi, saya mahu gembira sekejap je sbb dah habis smua. pd kwn2 yg tak habis exam lagi, maaf ye.. buat korang tension je dgn kgembiraan saya.. ok2, saya tak tunjuk dah… hmm, tawakkal dan doa tu perlu agar natijahnya nanti dpt diterima dengan hati yang redha..

dlm kegembiraan, terselit juga rasa kesedihan.. exam habis bermakna makin dekat dengan saat-saat perpisahan.. entah bagaimana saya akan menghadapinya nanti.. cukup kuatkah saya menghadapi perpisahan ini… ya Allah, give me strength to face these moment…

ada juga getar di hati.. saya belum grad lagi ye, cuma dah tak hidup as mahasiswa.. masih ada lagi ujian menanti.. ujian berdepan dgn alam realiti. latihan mengajar saya akan bermula minggu depan. utk 4 bulan. moga terus diberi kekuatan utk berdepan dgn latihan yang mencabar. doakan saya ye..:)

saja nak share apa yang kwn2 beri kat saya, saya rumuskan kat bawah ni.. my friends said (guna ayat saya sndiri):

1) kalau takut, cabarlah ketakutan tu..

2) apa jua yang kita hadapi, make sure spiritual kena kuat..

3) apa jua yang kita lakukan, ingatlah Allah sentiasa ada dengan kita

4) anggaplah apa jua yang kita lakukan, ia adalah satu ibadah kepada Allah. so DO YOUR BEST…!

ok, saya stop dulu ye.. sebelum pergi, byk hak2 orang lain yang perlu ditunaikan. wassalam.

April 8th, 2009 at 12:22 pm | Comments & Trackbacks (12) | Permalink

rasa nak break… rehat kejappp je…

tapi, macam tak boleh…

bak kata kawan, hidup macam keretapi, perlu meluncur laju…

tapi, keretapi tak lah laju, kdg2 berhenti juga kat stesen…

skrg mcm dah jadi keretapi kat jepun je… (tak ingat apa namanya)

moga terus kuat dan tabah..

perjuangan ni tak sehebat mana jika nak dibanding dengan perjuangan saudara2ku di Palestin… perjuangan sahabat2 Rasulullah dulu dalam mempertahankan aqidah… ujian skrg ni simple… tp kena ada jiwa yang benar2 tegar nak hadapi semua ni…

godaan dunia, sifat buruk diri sendiri, hasutan syaitan… kena mujahadah terus2…

tak lama dah kat sini… kena hargai sebaiknya, kena pulun selagi boleh…

rasa sedih… tapi kalau sedih pun nanti tak boleh buat apa2… simpan dulu…

bagaikan angin nyaman di Kuantan di tengah2 hari yang terik, bgitu jugalah aku gambarkan bahawa dlm setiap kesulitan diiringi juga kesenangan dan ketenangan.. dan pastinya,setiap masalah yang datang akan ada juga bersamanya penyelesaian,inshaAllah…

February 4th, 2009 at 12:50 pm | Comments & Trackbacks (5) | Permalink

salam…

rasa rindu untuk menulis pada blog ni…

ntah brapa lama saya tak menulis, saya pun tak ingat… idea ada saja dalam kepala, namun kematu juga untuk menulis lantaran halangan2 yang menghambat…

cukup terharu pada beberapa komen sepeninggalan sementara saya.. terima kasih semua..

malah terharu juga pada mereka yg linkkan blog saya dii blog mereka… jazakumuLLAH khairan…

lebih terharu juga pada mereka yang memberi award utk blog saya… blog anda lah sebenarnya yang layak diberi anugerah..

sungguh, tiada apa2 yang menarik untuk saya persembahkan dalam blog ini melainkan perkongsian drpd pengalaman hidup, copy paste etc…

perkongsian ilmiah? terasa lama saya tidak lakukannya… apapun, hak menulis itu terpulang pada masing2 kan… terpulangla pada anda bagaimana mahu mencorakkan hasil tulisan anda… kalau saya, mahu bebas, mengikut sahaja kehendak hati…

hari ni hari pertama sem baru saya… alhamduliLLAH.. kembali saya lagi di bumi kuantan ini… gembira bertemu sahabat2, adik2, bukan kepalang… terasa lepas rindu segalanya… andai ukhwah itu hanya keranaNya, pasti kemanisan dan keindahan itu dpt dirasa…

dalam kegembiraan, keseronokan, tiba-tiba, ujian datang… tak pernah saya alami sebelum ni… tapi, sejak akhir2 ni saya dapat merasakan saya akan diuji dengan ujian ini… dan tak lain saya hanya memohon kekuatan jiwa, ketabahan hati dan kekukuhan iman daripadaNya dalam menghadapi ujian ini… alhamduliLLAH ‘ala kulli hal… dengan izinNya, saya akan menghadapinya dengan penuh kesabaran… ketentuan inilah yang terbaik untuk diri saya dan moga2 Allah berikan yang lebih baik selepas ini, insyaAllah…

hari ini satu permulaan…

permulaan untuk sem baru saya…

permulaan untuk tahun akhir saya…

permulaan untuk saya menulis semula, insyaAllah..

dan mungkin permulaan untuk satu perubahan…

dan perubahan itu bukanlah sesuatu yang mudah… doakan saya ye..

saya akan kembali lagi, insyaAllah.. wassalam…

IR: mahu meneladani kehebatan taqwa, iman dan tawakkal terhadap Allah yang dijelmakan oleh laksamana Sunan… insyaAllah..

December 22nd, 2008 at 5:40 pm | Comments & Trackbacks (3) | Permalink

salam….

eid mubarak to all… i retrieved this story from a YG and i think it’s interesting for us to ponder… so, enjoy reading…! :) kredit to cahaya kebahagiaan… jzkk..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

BILA TERJATUH CINTA….

Saya bertanya kepada emak,

“mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”
Mak jawab, “dua-dua bukan..”
Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.

 

“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.


“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.


Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.


“Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya.


“Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu..”
Saya memintas, “Tak faham..”


Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah..
Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..”
Mak menyambung lagi, “…begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..”

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung,
“Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak
.

 

 

 

 

Secret Admire

“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

“Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak.

 

 

 

Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak, kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai.

“Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak.

Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama.

 

Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

 

Adakah ia suatu diskriminasi?

“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..”

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,

 

“Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.


Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.

 

Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju.

 

Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”

 

“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..

 

Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”

 

 

Redha

“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah..

 

Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ”

 

Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

 

 

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..”

 

Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

 

~~~~~~~~~~~

Ya Allah,

berilah kami kekuatan untuk mencintaiMu,

mencintai orang yang mencintaiMu,

dan mencintai amalan-amalan yang mendekatkan diri kami kepadaMu…

ameen… ameen..

 

October 2nd, 2008 at 4:04 am and tagged  | Comments & Trackbacks (11) | Permalink

Assalamu’alaikum….

alhamduliLLAH, telah sampai selamat ke rumah, kembali bersama keluarga… satu nikmat yang mungkin ada orang lain tak dapat merasainya.. betapa saya menghargainya dalam hidup saya..

terasa sedih Ramadhan yang bakal pergi, namun apa yang saya harapkan smoga amalan kita pada bulan ini diterima Allah, semoga kita dapat bertemu dengan Ramadhan yang akan datang … ameen…

sudah lama rasanya tak update blog ni.. tak cukup masa nak update… hehe…

sekadar nak berkongsi satu tazkirah yang bermakna untuk saya hari ni… daripada Dr Asri, beliau berkongsi satu hadith (tidak dinyatakan riwayatnya, sapa yang tahu tolong beritahu ye…). Beliau berkata:

Nabi s.a.w selalu sebut dan kita kena ingatkan, Sesiapa yang AKHIRAT itulah perkara yang paling utama dalam kehidupannya, maka Allah jadikan kekayaannya itu berada dalam jiwanya, Allah susun urusannya dan DUNIA itu datang kepadanya dalam keadaan HINA, (maksudnya DUNIAitu HINA, dia dapat DUNIA tersebut dengan keadaan dia MULIA)….

Sesiapa yang DUNIA itu paling difikir olehnya, benda yang paling dia susah hati, Allah jadikan kefakiran itu di antara dua matanya…lalu dipecah-pecahkan urusannya, (tak menentu, tiada pendirian, tiada kehormatan diri), tidaklah DUNIA itu datang kepadanya melainkan dengan kadar-kadar yang dia dapat sahaja (dapat DUNIA, tapi dalam keadaan HINA….)”

 

terasa insaf saya hari ni.. huhu… pilihan itu di tangan kita…

yang mana yang kita utamakan???

akhirat atau dunia??

yang mana satu yang kita mahu??

mulia atau hina….???

“maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaannya,

sungguh beruntung orang yang mensucikannya(jiwa itu),

dan sungguh rugi orang yang mengotorinya….” (As Syams, 91:8-10) 

boleh dengar sendiri dari Dr. Asri di sini..~ kredit to syarief.. jzkk.

September 28th, 2008 at 2:29 am | Comments & Trackbacks (5) | Permalink

salam..

tak tahu nak tulis tajuk entry apa..

bercampur baur? apa dia? macam2.. sbb tu, campur baur mcm rojak…

hmm, there’s feeling which mixed altogether.. sukar nak diungkap..

sedih, gembira, bersalah, berdosa, rindu, takut, rendah diri, ketinggalan, tak cukup ilmu.. sume ada…

kena bangkit, tak boleh diam je. that should i do..

Ya Allah, forgive all my sins.. !

Purify my soul.. keep me on the right track… ameen…

IR: ahlan ya Ramadhan,semoga Ramadhan kali ini lebih baik untukku, sahabat2ku, familiku dan semua umat Islam..

August 27th, 2008 at 12:11 am | Comments & Trackbacks (2) | Permalink

salam..

sejak akhir-akhir ni, sangat terasa terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan… ada kalanya terasa sangat letih dan penat… namun kehidupan perlu juga diteruskan… 

komitmen yang ada membuatkan saya tak dapat pulang ke rumah.. rindu kian menebal.. lebih2 lagi pada ulang tahun ke 26 perkahwinan mak ayah pada tarikh keramat 080808 semalam… bagaimana saya boleh terlupakan hari yang penting dalam keluarga kami sehingga ayah  mengingatkan saya usai kelas edu malam tadi… ah, terasa sangat2 bersalah.. :’( saya sibuk memikirkan hal lain yang tak kurang pentingnya pada tarikh istimewa itu.. hm, tak tahu bila boleh pulang ke rumah, mid break pun, inshaAllah.. tp,…. (pujuklah hati agar ikhlas bersulam redha..)

berbincang dengan faraa semalam tentang kehidupan yang terisi sampai tak punya masa untuk diri sendiri… hanya kata2 pengubat jiwa yang diluahkan membuatkan saya kembali berpijak di bumi yang nyata… semakin usia meningkat, semakin matang kita perlu menghadapi hidup dan semakin banyak tanggungjawab yang dipegang, semakin perlu bijaksana dalam mengurus masa dan memberikan hak kepada yang berhak…

di blog kak niza, terbaca satu ayat yang memberi saya sumber inspirasi…

 “Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.”

semoga terus tabah, sabar, tegar dan tetap berjuang…!!

August 8th, 2008 at 9:28 pm | Comments & Trackbacks (0) | Permalink

04082008…

Lega… lapang dada…bersyukur… gembira…terharu…:’)

antara gambaran perasaan saya saat ini setelah usai presentation industrial training tengah hari tadi…

alhamduliLLAH… setelah melalui pelbagai kesukaran dan kepayahan dalam menyiapkan analisis projek, report praktikal, report mini projek, terasa dimudahkan laluan tika membentangkan laporan saya tadi…

subhanALLAH…

tak terkata rasanya membayangkan betapa ALLAH Maha Pengasih untuk hamba-hambaNya… walaupun seringkali hamba-hambaNya mungkir akan janji pada penciptaNYa, tapi, rahmatNYA terus melimpah ruah tak pernah berhenti.. terasa sangat kerdil diri dan rasa sungguh malu denganNya…

hakikatnya, saya merasakan inilah saat2 yang terbaik yang pernah saya lalui dalam hidup saya. jika diimbas semula, waktu menjalani praktikal, melakukan analisis, membuat report, menyiapkan presentation, berdepan dengan blackout dengan tak sempat save sentuhan2 terakhir untuk presentation saya, diprovok oleh lecturers dengan soalan2 yang ditujah kepada presenters sebelum saya, terasa ada "butterfly" dalam perut saya menanti 2 jam untuk pembentangan, mengubah slide saat2 akhir atas nasihat rakan, terasa indah untuk dikenang… hmm, terasa laju tempoh 10 minit untuk 37 slides. dengan dimomok oleh pengalaman senior yang ditujah pelbagai soalan, tiba giliran saya, no question to be answered!! alhamduliLLAH…! walaupun di sudut hati kecil, saya merasakan kurangnya cabaran atau timbul persoalan, adakah lecturers puas hati dengan performance saya? wALLAHu’alam…

menjadi the 7th presenter pada hari pertama presentation dan 1st person from my batch to present, takkan saya lupakan… satu kelebihan dan pastinya akan ada kekurangan… tak mengapalah, as long as saya yakin yg saya telah lakukan yang terbaik, saya TAWAKKAL pada ALLAH segala natijah yang berlaku daripada usaha saya….

JAZAKUMULLAH KHAIRAN KATHIRA :

1) pada sudi yang meminjamkan laptop tatkala saya sangat memerlukan (Fazi, Fizah)

2) pada yang sudi meminjamkan "kitab" penting sepanjang praktikal -Hafizah

3) pada yang memberi sumbangan idea (Asma’, Salwa, Suzi, Kema, K.Lin, K.Sue, Syaz)

4) pada yang sudi mendengar masalah dan berkongsi kesusahan bersama (Salwa, Hana, Izzatie)

5) pada yang banyak berkorban membantu saya, memberi panduan, memberi kredit yang baik (K.Ina, mak ayah, En. Norli, En Sujari)

7) pada yang byk mengajar saya dunia matematik, pendidikan dan statistik (lecturers of CTS and INSTED)

6) coursemates, classmates, sisters and brothers who directly and indirectly gave me supports and advice…

semoga Allah membalas jasa baik kalian.

masih banyak lagi komitmen yang perlu diselesaikan…

hidup perlu terus berjuang…!!

stop for this moment..wassalam :)

IR: rasa nak senyum je hari ni… :)

August 4th, 2008 at 3:43 am | Comments & Trackbacks (1) | Permalink

pengajaran berharga buat saya hari ini…

ketika saya dan keluarga sedang menikmati makan malam di sebuah warung, seorang adik lelaki kelihatan menjual sesuatu di meja sebelah kami…tapi tidak diendahkan..

seterusnya, dia menghampiri kami, berdiri di sebelah saya, menunjukkan sesuatu yang dijualnya dalam beg plastik… kuih samosa dan tepung pelita… ayah dan mak awal-awal lagi kenal adik ni…

ayah: eh, awak ni yang duduk sungai suloh kan?mak dgn adik tak jual ke malam ni?

adik: jual, tapi kat tempat lain…

IR: brape dik harga kuih ni?

adik: RM 4 je kak…

dia kembali ke basikalnya semula untuk mengambil lagi kuih samosa yang masih berbaki.. dalam hati saya, jauhnya adik ni berbasikal.. sungai suloh dan kawasan bandar bukannya jarak yang dekat… apatah lagi pada waktu malam sebegitu, lebih kurang jam 10 malam..

IR: nama adik ape? sekolah mana? form brape?

adik: saya farid, kak. form 2, smk banang jaya.

mak: makcik ambil kuih samosa ni ye.. duit lebih ni buat beli minuman.

adik: terima kasih, makcik…

hakikatnya, saya tersentuh dengan kecekalan dan ketabahan adik tu… itulah perjuangannya yang saya kira besar nilainya…betapa kuatnya semangat adik mencari rezeki untuk keluarga ketika usia yang muda sebegitu.. kesedaran untuk bertanggungjawab dan kematangan yang ada pada dirinya membuatkan saya terharu sendirian…

tatkala insan lain yang sebaya dengannya diulit kemewahan, tak lekang dengan handphone setiap masa, makan yang sedap-sedap, dia tabah bersusah payah memerah keringat menjual kuih untuk menolong ibu menambah pendapatan keluarga.. bagaikan dapat membaca hatinya, saya dapat rasakan dia pasti merasa puas andai dapat dijual kuih-kuih tu dan pulang membawa sedikit duit untuk ibu..

terkenang pula ketika saya seusia dengannya… tak pernah saya merasa sesusah itu.. untuk mencari rezeki pada masa itu, apatah lagi.. study je kejenya…semuanya disediakan lengkap oleh mak dan ayah saya.. tak pernah rasa kurang, walaupun tidaklah semewah mana, tapi cukup dengan kesederhanaan yang ada.. alhamdulillah, ya Allah…!:’)

manusia telah ditetapkan rezekinya sejak sebelum kelahirannya lagi.. yang penting, kesungguhan dalam berusaha itulah yang perlu dilakukan oleh manusia untuk mendapatkannya..kesusahan dalam berusaha, pasti akan ada bersamanya kesenangan..

bukan dalam mencari rezeki saja, hal yang sama turut diaplikasikan dalam study..kerana rezeki bukan hanya datang dalam bentuk material saja kan? malah, petunjuk semasa belajar, lapang dada untuk menerima ilmu, mudah hafal fakta dan formula… tu semuanya rezeki…

yang penting, kesungguhan dalam berusaha, ikhlas dalam beramal, kesucian hati dari hal-hal yang merosakkan…

penuh hikmah hari ni,…

bersyukurnya saya dengan apa yang saya ada yang sekarang ini.. moga rezeki yang ada dapat dikongsi dengan orang yang lebih memerlukan… semoga yang terus berusaha akan terus mendapat kebaikan,… semoga rahmat Allah terus menaungi hamba-hambaNya yang beriman..

AlhamduliLLAH…!

IR: seseorang juga telah membuatkan saya menilai diri saya semula hari ni… betapa kerdilnya saya… masih terlalu banyak kekurangan diri yang perlu saya perbaiki… terima kasih kak izan… hanya dengan tingkah lakumu itu, aku sedari diriku, moga aku dapat mengambil sedikit "acuan" tamsilanmu untuk diriku, inshaALLAH…(putra2.14,23062008,6-10pm)

June 23rd, 2008 at 10:35 am | Comments & Trackbacks (5) | Permalink

hmm, tinggal hampir 2 minggu je lagi nak habis IT…

bercampur-baur perasaan saya…

lebih-lebih lagi dengan beberapa perkara yang berlaku dalam keluarga…

atuk yang hampir 2 minggu di ICU… moyang pula meninggal dunia baru-baru ini…

rencana saya agak berubah daripada yang asal… nak buat macam mana, keadaan yang tidak mampu untuk dikawal…

2 minggu lagi, moga settle segalanya, inshaAllah…

semoga atuk beransur sembuh… (sedih tengok keadaan atuk, mohon doakan ye)

semoga roh moyang saya tenang, diampunkan dosa-dosanya, diangkat darjatnya dalam kalangan orang yang mendapat hidayah, diringankan azabnya dan dikurnia JannahNya.. aameen…

IR: bakal menghadapi antara sem yang paling bz selepas ini..mampukah mengharunginya?

June 18th, 2008 at 11:25 am | Comments & Trackbacks (0) | Permalink