….Aspirasi CINTA Rabbi, Inspirasi REDHA Illahi… ~~kucari damai abadi, kurindu kasih Illahi, kuingin sucikan diri~~
<

pengajaran berharga buat saya hari ini…

ketika saya dan keluarga sedang menikmati makan malam di sebuah warung, seorang adik lelaki kelihatan menjual sesuatu di meja sebelah kami…tapi tidak diendahkan..

seterusnya, dia menghampiri kami, berdiri di sebelah saya, menunjukkan sesuatu yang dijualnya dalam beg plastik… kuih samosa dan tepung pelita… ayah dan mak awal-awal lagi kenal adik ni…

ayah: eh, awak ni yang duduk sungai suloh kan?mak dgn adik tak jual ke malam ni?

adik: jual, tapi kat tempat lain…

IR: brape dik harga kuih ni?

adik: RM 4 je kak…

dia kembali ke basikalnya semula untuk mengambil lagi kuih samosa yang masih berbaki.. dalam hati saya, jauhnya adik ni berbasikal.. sungai suloh dan kawasan bandar bukannya jarak yang dekat… apatah lagi pada waktu malam sebegitu, lebih kurang jam 10 malam..

IR: nama adik ape? sekolah mana? form brape?

adik: saya farid, kak. form 2, smk banang jaya.

mak: makcik ambil kuih samosa ni ye.. duit lebih ni buat beli minuman.

adik: terima kasih, makcik…

hakikatnya, saya tersentuh dengan kecekalan dan ketabahan adik tu… itulah perjuangannya yang saya kira besar nilainya…betapa kuatnya semangat adik mencari rezeki untuk keluarga ketika usia yang muda sebegitu.. kesedaran untuk bertanggungjawab dan kematangan yang ada pada dirinya membuatkan saya terharu sendirian…

tatkala insan lain yang sebaya dengannya diulit kemewahan, tak lekang dengan handphone setiap masa, makan yang sedap-sedap, dia tabah bersusah payah memerah keringat menjual kuih untuk menolong ibu menambah pendapatan keluarga.. bagaikan dapat membaca hatinya, saya dapat rasakan dia pasti merasa puas andai dapat dijual kuih-kuih tu dan pulang membawa sedikit duit untuk ibu..

terkenang pula ketika saya seusia dengannya… tak pernah saya merasa sesusah itu.. untuk mencari rezeki pada masa itu, apatah lagi.. study je kejenya…semuanya disediakan lengkap oleh mak dan ayah saya.. tak pernah rasa kurang, walaupun tidaklah semewah mana, tapi cukup dengan kesederhanaan yang ada.. alhamdulillah, ya Allah…!:’)

manusia telah ditetapkan rezekinya sejak sebelum kelahirannya lagi.. yang penting, kesungguhan dalam berusaha itulah yang perlu dilakukan oleh manusia untuk mendapatkannya..kesusahan dalam berusaha, pasti akan ada bersamanya kesenangan..

bukan dalam mencari rezeki saja, hal yang sama turut diaplikasikan dalam study..kerana rezeki bukan hanya datang dalam bentuk material saja kan? malah, petunjuk semasa belajar, lapang dada untuk menerima ilmu, mudah hafal fakta dan formula… tu semuanya rezeki…

yang penting, kesungguhan dalam berusaha, ikhlas dalam beramal, kesucian hati dari hal-hal yang merosakkan…

penuh hikmah hari ni,…

bersyukurnya saya dengan apa yang saya ada yang sekarang ini.. moga rezeki yang ada dapat dikongsi dengan orang yang lebih memerlukan… semoga yang terus berusaha akan terus mendapat kebaikan,… semoga rahmat Allah terus menaungi hamba-hambaNya yang beriman..

AlhamduliLLAH…!

IR: seseorang juga telah membuatkan saya menilai diri saya semula hari ni… betapa kerdilnya saya… masih terlalu banyak kekurangan diri yang perlu saya perbaiki… terima kasih kak izan… hanya dengan tingkah lakumu itu, aku sedari diriku, moga aku dapat mengambil sedikit "acuan" tamsilanmu untuk diriku, inshaALLAH…(putra2.14,23062008,6-10pm)

June 23rd, 2008 at 10:35 am


5 Responses to “~Struggle For Life…~”
  1. 1
      THANIE says:

    Salam ‘alaik…

    Hmm jelesnya bila baca cerita adik tue, awal-awal lagi dia dah mampu berdikari dan berkhidmat untuk ibu bapa dia…

  2. 2
      Mc Dreamy says:

    sy pon pernah alami situasi yang sama. tapi kdg2 keadaan 2 buat sy marah pada masa yg sama. kdg2 pergi ke pasar malam atau bandar, kita boleh lihat anak2 kecil yg meminta sedekah. walaupon niatnya hendak mencari wang, adakah mereka wajar mencari wang sedemikian cara sejak kecil lg? apa peranan kita?

  3. 3
      Raihana says:

    bagi saya, erti hiudp pada memberi..
    selagi kita boleh memberi, berilah mereka apa yang mereka perlu..
    tak luak sikit pun drpd rezeki yang kita ada.. jika nak dibandingkan, nasib kita lebih baik drpd nasib mereka yang meminta-minta..
    bukankah memberi itu tanda ertinya kita bersyukur dengan pemberianNYA?
    pada harta yang kita ada, ada hak orang lain juga yang perlu kita berikan…

    jika kita niat sedekah, ikhlas keranaNYA, secara tak langsung boleh sucikan diri, malahan melimpah ruah rezeki yang diberikan.. inshaALLAH..:)

  4. 4
      -nur atiQah says:

    IR:
    “yang penting, kesungguhan dalam berusaha, ikhlas dalam beramal, kesucian hati dari hal-hal yang merosakkan…”

    SNA:
    ape dia hal hal yang merosakkan kesucian hati?

  5. 5
      Raihana says:

    antara hal-hal yang boleh merosakkan hati:
    1) Riya’ - penyakit ni sgt mudah merajai hati.. so beware of this ‘disease..’
    2) terlalu cintakan dunia… kdg2 kita terleka sgt dengan keindahan dunia smp terlupa mentaati perintah Allah.. cth: solat yang ditangguh2 kerana tgk tv atau movie.
    3) ‘ujub- merasa diri terlalu hebat smp kita terlupa amalan yg kita buat tu septutnya hnya utk Allah..
    4) selalu sgt tgk perkara2 maksiat - boleh hilang rasa nikmat beribadah..

    sebenarnya, byk lagi penyakit2 yang boleh merosakkan kesucian hati..tp, yg terlintas kat fikiran skrg ni tu je la.. maybe yang lain boleh tlg tambahkan..:)

    yang penting, bykkan la beristighfar n sentiasa memperbaharui niat andai kita tersasar…

    wALLAHU’alam.. jzkk atiqah…:)