….Aspirasi CINTA Rabbi, Inspirasi REDHA Illahi… ~~kucari damai abadi, kurindu kasih Illahi, kuingin sucikan diri~~
<

salam..

sejak akhir-akhir ni, sangat terasa terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan… ada kalanya terasa sangat letih dan penat… namun kehidupan perlu juga diteruskan… 

komitmen yang ada membuatkan saya tak dapat pulang ke rumah.. rindu kian menebal.. lebih2 lagi pada ulang tahun ke 26 perkahwinan mak ayah pada tarikh keramat 080808 semalam… bagaimana saya boleh terlupakan hari yang penting dalam keluarga kami sehingga ayah  mengingatkan saya usai kelas edu malam tadi… ah, terasa sangat2 bersalah.. :’( saya sibuk memikirkan hal lain yang tak kurang pentingnya pada tarikh istimewa itu.. hm, tak tahu bila boleh pulang ke rumah, mid break pun, inshaAllah.. tp,…. (pujuklah hati agar ikhlas bersulam redha..)

berbincang dengan faraa semalam tentang kehidupan yang terisi sampai tak punya masa untuk diri sendiri… hanya kata2 pengubat jiwa yang diluahkan membuatkan saya kembali berpijak di bumi yang nyata… semakin usia meningkat, semakin matang kita perlu menghadapi hidup dan semakin banyak tanggungjawab yang dipegang, semakin perlu bijaksana dalam mengurus masa dan memberikan hak kepada yang berhak…

di blog kak niza, terbaca satu ayat yang memberi saya sumber inspirasi…

 “Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.”

semoga terus tabah, sabar, tegar dan tetap berjuang…!!

August 8th, 2008 at 9:28 pm